bahasa melayu

Saturday, March 13, 2010

Pojok

Waduh-waduh! Tinggi amat bangunannya ini. Namanya lucu kayak pineapple. 'The Pinnacle' benar-benar menakjubkan. Enggak pernah gue lihat bangunan perumahan seindah ini. Daripada apa yang gue tahu, harganya juga luarbiasa dong. Enggak bisa gue beli. Harga kayak beli condo. Kalau di Indonesia, wang itu dapat gue beli bungalow atau mungkin juga istana!
Gue pening juga sih mikirin bagaimana orang Singapur mampu rumah semahal itu. Wah...apa mereka semuanya gajinya lumayan? Hmm...tapi enggak mungkin juga ya semua penduduknya kaya. Nah kalau gitu, yang miskin semuanya bagaimana? Enggak pernah gue lihat orang Singapur tinggal di jalanan atau mungkin juga sebagai pelancong gue enggak sempat lihat keadaan itu. Agaknya mereka yang enggak mampu semuanya merana dalam sepi. Apa tidaknya, protes aja enggak pernah gue lihat berlaku di Singapur.
Kasihan ya. Mahu beli makanan aja sudah mahal, mahu beli rumah pastinya ramai yang sengsara, ya? Cuma, sebagai pelancong gue enggak dapat lihat keadaan mereka yang miskin di sini. Kalau gue tinggal di sini, enggak mampu gue tanggung kos hidup. Kalau rumah diberi gratis juga gue enggak mampu tanggung kos hidup di Singapur. Moga-moga aja pemerintah Singapur bantu mereka yang susah.
Wah serius banget sih gue...haha. Gue benar-benar kagum sama infrastuktur di Singapur...semuanya sudah canggih! Memangnya asyik jika rumah gue begitu. Namun, ah! enggak sanggup loh! Cuma melancong di sini aja udah cukup bagi gue.


-Cewek Indon @ Singapur

Tuesday, March 2, 2010

Ombak




OMBAK

Di persisiran pantai,
Ombak memukul lembut,
Memukul deras,
Tanpa menghiraukan dunia,
Menghiraukan sekelilingnya.

Desiran memberi ketenangan,
Tatkala ombak menghempas bumi,
Ketenangan hilang,
Kekecohan tiba,
Manusia berduka.




Lahirlah keinsafan,
Tatkala kembali tenang,
Ombak disayangi,
diratapi,
dirindui.

Monday, March 1, 2010

Keinginanku?

Krrriiinngg!!! Akhirnya! Masa untuk berehat. Penat aku mendengar celoteh guru. Setiap hari, perkara yang sama sahaja yang dingomelkannya.


"Ain! Mengapa skirt awak pendek sangat?"

"Panas lah cikgu"

"Awak mahu orang ramai lihat apa yang terdapat di sebalik skirt awak tu ya?"


Aku hanya mendiamkan diri. Alangkah baiknya jika aku tidak perlu bersua muka dengan cikgu lagi. Tak sabar aku nak keluar dari sekolah ini.


Setiap waktu rehat, aku bersendirian. Tiada yang ingin menemaniku. Adalakanya aku rasa sengaja diketepikan oleh rakan-rakan sedarjah. Mereka sering memandangku dengan pandangan sinis. Mungkinkah aku ini terlalu jijik dan nakal untuk dibuat kawan? Bukankan mereka tahu mereka yang sering dipinggirkan akan sering terjebak dalam masalah sosial?






Mereka harus membimbingku. Mereka perlu menemaniku. Aku perlukan teman. Aku tidak mahu menjadi seperti mereka yang dianggap sampah masyarakat. Oleh itu, aku sering menghabiskan masa bersama Auntie Lily, penjual buku di sekolah. Dialah temanku di sekolah. Sememangnya ia agak pelik untuk mempunyai rakan sepertinya tetapi dia seorang sahajalah yang memahami diriku ini.

Sudah jam 12 tengah hari. Aku perlu ke bookshop. Buku nota aku sudah hampir habis digunakan diisi coretan ketika bosan. Kedai kecil yang terperok di sudut sekolah ini menjadi tempat lepak bagiku. Dari jauh aku melihat kelibat Auntie Lily yang berambut pendek, berkemeja-t dan berkaca mata itu.


"Helo Auntie! Sudah makan?"
"Oh, Ain! Auntie sudah makan."

"Auntie Lily, ada buku nota yang baharu tak? Yang ada gambar artis Korea."

"Ada ada. Ini baru punya. Satu sahaja. Ini buku banyak eksklusif. Susah mau dapat"



Aku membelek buku nota yang dihulurkan kepadaku itu. Gambar artis kegemaranku terpampang di kulit buku itu. Bibirku terukir senyuman tanda gembira. Hampir-hampir sahaja aku terpekik keseronokan. Kegilaanku terhadap artis Korea semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Masa yang terluang aku isikan dengan melungsuri lelaman seperti Youtube untuk menonton gelagat dan persembahan artis kegemaranku. Tidak lama lagi, kumpulan Shining akan mengadakan persembahan di Singapura. Aku ingin benar untuk melihat mereka. Pada hari ini pula, Super Senior, kumpulan kegemaranku juga, akan mengadakan perjumpaan bersama peminat.


Inginku berada dekat mereka. Menghulurkan tangan. Tangan digenggam. Aku melambai. Dilambai kembali dengan senyuman yang dapat mencairkan hati sesiapa yang melihatnya.

Ahhh! Aku ingin mengalami semua itu! Tak sabar rasanya untuk menyambut kedatangan mereka di lapangan terbang Changi pada petang nanti.


"Auntie, saya akan bayar untuk buku ini esok ya? Tak cukup wang lah hari ini."

"Boleh boleh. Wa percaya sama lu. Lu tak mau bayar also ok. Lu cuba dulu itu buku. Kalau banyak baik, lain kali saya order lagi banyak."


Aku mendakap Auntie Lily dengan penuh manja.

"Terima kasih, Auntie"


Waktu rehat sudah tamat. Aku kembali ke kelas dengan buku nota baharu itu. Aku memeluknya erat ke dada dengan senyuman yang luas di wajah. Malangnya, tiada siapa dapat ku kongsi kegembiraan ini.


"Kelas bangun," arah ketua darjah.

"Selamat pagi Mr Tan," kata kami sekelas.


Kami diberikan beberapa soalan Matematik untuk dilakukan. Begitu mudah soalan-soalan yang diberikan. Subjek Matematik memang subjek kegemaranku. Malah, akulah pelajar yang sering mendapat tempat pertama di dalam kelas ini. Dengan pantasnya aku melakukan setiap soalan. Murid-murid yang lain masih terkial-kial. Ingin sahaja aku membantu mereka tetapi aku tahu kedudukanku di mata mereka.

Masih ada lima belas minit lagi sebelum Mr Tan mengumpulkan kertas soalan ini. Buku nota yang baharu masih belum lagi aku bubuhkan nama. Perlahan-lahan aku mengeluarkan buku itu daripada beg. Sebagai murid yang duduk di sebelah belakang kelas memberikan aku ruang untuk melakukan pelbagai perkara yang aku inginkan. Hanya yang penting, aku tidak mengganggu mereka di sekeliling.

Baharu sahaja pena mencium kertas buku nota, aku dikejutkan dengan pengumuman Mr Tan.


"Murid-murid, saya harap kalian berikan perhatian kepada apa yang ingin saya katakan ini. Pada petang ini akan bermulanya kelas tambahan bagi subjek Matematik untuk semua bagi mempersiapkan kamu untuk peperiksaan yang bakal menjelang."


Petang ini?! TIDAK! Aku ingin berjumpa dengan Super Senior.

Aku mengangkat tangan setinggi-tingginya.


"Ya Ain? Ada soalan?"

"Mr Tan bolehkah saya tidak menghadirkan diri ke kelas tambahan pada hari ini?"

"Tidak boleh Ain. Kecuali ibu atau bapa kamu datang berjumpa dengan saya jika perlu."


Hampa.

Aku teramat sedih. Ingin benar aku ke lapangan Changi pada pukul 3 petang untuk menjemput Super Senior. Merekalah temanku dikala sunyi. Malangnya aku tidak dapat melakukannya. Jikalau boleh, ingin sahaja aku ke Korea. :(


Aku meluahkan isi hati ke dalam buku nota baharu. Krrrriinng!

Sudah pukul 2.30 petang. Aku masih berada di dalam kelas sementara menunggukan waktu kelas tambahan bermula. Tiada banyak yang dapat aku lakukan. Lantas, buku nota baharu aku coretkan dengan pelbagai lukisan dan kata-kata luahan hati.

Tanpa ku sedari, setengah jam sudah berlalu. Mr Tan memulakan kelas tambahannya sedang fikiranku melamun jauh. Tiba-tiba, mejaku mula bergegar. Bergegar ke kanan, ke kiri, ke atas, ke bawah...mejaku seperti dirasuk. Dalam masa itu, mataku terpandang tetap pada buku nota baharuku. Aku tidak percaya apa yang aku lihat. Dicelah-celah mukasurat buku itu terpancar semacam sinaran lampu daripada dalam.

Aku memandang ke sekelilingku. Tiada sesiapa pun yang mengambil endah mengenai kejadian aneh ini. Pelik.

Gegaran semakin kuat. Segala apa yang ada di atas meja sudah tercampak jauh; hanya buku nota baharu kekal di atasnya. Aku yang masih terduduk tergamam di atas kerusi, pun bangun untuk mencapai buku itu. Pancaran sinar masih lagi kelihatan. Tanganku yang terketar-ketar cuba mengambil buku itu. Sebaik sahaja aku menyentuh kulit buku itu, mataku mula rabun. Diriku berasa seakan di awangan. Keadaan sekelilingku berputar tanpa henti sehingga akhirnya hanya warna putih yang dapatku lihat walaupun mata masih belum jelas.

"Ahh!! Ahh!! Oppa! Oppa!"

Aku tersentak mendengar jeritan-jeritan yang kuat dan membingitkan telinga. Hitam.

Apabila aku mula sedar kembali, aku terasa dihempit. Panas. Rimas. Bising.

Dimana aku?

"Shining! Shining!"









Aku mula berasa bingung. Shining berada di hadapanku? Ini tak mungkin. Aku seharusnya berada di sekolah; di dalam kelas tambahan Mr Tan. Belum masanya untuk Shining berada di Singapura.



Buku nota. Ya, buku nota baharuku itu. Aku membelek buku yang berada dalam genggamanku itu. Mukasurat yang telah aku catatkan keluhan hati terdapat semacam pangkah sebesar halaman buku itu. Aku yakin aku tidak melukiskan pangkah itu.



Ah! Apa yang harus aku herankan sekarang? Aku sudah terlepas daripada genggaman kelas tambahan. Aku gembira. Terima kasih buku ajaib.



Aku menikmati keadaan dan pemandangan yang aku dapat. Tiba-tiba aku terasa haus. Aku cuba mencari kedai menjual air. Hairan. Tulisannya sukar untukku fahami.



"Annyeonghaseyo. Naega dangsin-eul dowa deulilkkayo?"

"Huh?"



Apa yang pegerai minuman ini perbualkan? Kedengarannya seperti bahasa Hangul, iaitu bahasa Korea.



"Naega dangsin-eul dowa deulilkkayo?"

"Mianhe"



Itu sahaja yang dapat aku ungkapkan. Aku hanya dapat meminta maaf kepadanya. Ini semua tidak masuk akal. Perlahan-lahan cebisan-cebisan informasi mula membentuk di benak fikiranku. Tanda yang tidak aku fahami. Bahasa Hangul. Shining. KOREA?! Aku berada di Korea? Setengah hatiku berasa gembira; setengah hatiku berasa takut. Aku berada di negeri orang tanpa sebarang wang. Tanpa sebarang kenalan. Pokoknya, aku tidak mempunyai apa-apa.



Dengan tangan yang terketar-ketar aku membuka mukasurat baharu dalam buku nota untukku tuliskan keinginanku untuk kembali ke Singapura. Semuanya tiada. Tiada halaman di dalam buku itu. Hanya tinggal kulit buku.



Aku buntu. Auntie Lily!