bahasa melayu

Saturday, September 18, 2010

Beethoven Membantah



Mata buta akan keindahan
Telinga dilitupi kekata dusta
Beethoven pasti akan membantah

Mereka mencipta tanpa citra
Melodi nan indah diludah
Tamak haloba dirangsang harta
Muzik dicipta untuk wang semata

semangatnya Beethoven mencipta muzik
sehingga pendengaran turut terkorban
pengorbanan ini pengorbanan kecil
berbanding cinta mencipta, cinta menggubah
melodi nan indah